Thursday, February 21, 2013

Tips Melupakan Seseorang Yang Istimewa

Assalamualaikum... ~(^_^)~

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.

“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Bagaimana? Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang. Ia telah membantu ramai orang yang tidak upaya memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.

- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.

in shaa ALLAH.. smoge berjaya.. amin...
wassalam..

Tuesday, February 19, 2013

In Shaa ALLAH... amin...


Assalamualaikum...


Perkongsian bersama ♥


12 SIKAP ISTERI YANG MENTENTERAMKAN HATI SUAMI

1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.

2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.

3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.

4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.

5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.

6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.

7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.

8. Suka menemani suami diwaktumakan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.

9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.

10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang suami tidak menyukainya.

11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.

12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.


~(^_^)~ in shaa ALLAH.. satu hari nanti.. akan dipraktikkan.. amin..

wassalam...